alalalala

Thursday, 24 November 2011

Laporan Amaran Cuaca Buruk Di Seluruh Negara (Malaysia)

 Laporan Amaran Cuaca ini dikeluarkan oleh Malaysian Meteorological Department ( Jabatan Kaji Cuaca Malaysia)

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) -Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, , Sarawak, WP. Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Reef South dan Palawan dijangka berterusan sehingga Selasa, 29 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Phuket, Tioman dan Bunguran dijangka berterusan sehingga Selasa, 29 November 2011.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan oleh angin kencang dan ombak kuat. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 26 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini

Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 08:30 petang, 21 November 2011
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang dijangka berterusansehingga Selasa, 29 November 2011.
Selain daripada itu, kawasan pantai Kelantan dan Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan oleh angin kencang dan ombak kuat. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 26 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.




Gambaran ribut di tengah laut cina selatan pada hari ini, 24 November 2011 (Hari ini pada jam 5 petang)

Gambaran ribut yang telah reda di utara laut cina selatan pada hari ini. 25 November 2011 (Hari ini pada jam 2 pagi)

Gambaran ribut petir di sepanjang Pantai Barat Semenanjung pada hari ini 25 November 2011 (Hari ini pada jam 9 malam)

Gambaran ribut petir di sepanjang Pantai Barat Semenanjung, Hujung Sarawak dan Utara Sarawak dan Pedalaman Sabah pada Hari ini 27 November 2011 (Hari ini pada jam 11 malam)

Diminta berjaga jaga dalam aspek keselamatan atas ketidak tentuan keadaan cuaca sekarang :)

Wednesday, 23 November 2011

Amerika guna DOKTRIN PALSU serang Iraq

        Berita ini dipetik daripada Halaman Nasional Berita Harian (selasa 22 November 2011)

HELAH DOMINASI SUMBER MINYAK.

Kuala Lumpur: Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa Kuala Lumpur yang membicarakan George W Bush dan Tony Blair di beritahu serangan yang dilakukan terhadap sesebuah negara berdaulat atas alasan kemanusian atau tanggungjawab untuk melindungi rakyat yang ditindas seperti di Iraq adalah doktrin palsu.

Peguam pendakwa yang juga pakar undang undang Amerika Syarikat (AS), Prof Francis Boyle, berkata masyarakat dunia termasuk di Malaysia perlu menolak doktrin palsu itu yang dijadikan alasan oleh bekas Presiden AS dan bekas Perdana Menteri Britain untuk melancarkan  perang ke atas Iraq tanpa alasan kukuh atau mandat daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)
  
(Gambar semasa kedua dua pemimpin ini menghadiri NATO SUMMIT 2003)

"Dakwaan pencerobohan ke atas Iraq dilakukan atas nama kemanusian, selain negara berdaulat itu mempunyai senjata pemusnah besar besaran (WMD) adalah satu jenaka palsu dan pembohongan. "Jika tribunal menerima (mengiktiraf) doktrin palsu ini, maka tidak mustahil bagi AS atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengambil tindakan yang sama ke atas mana mana negara, termasuk Malaysia," katanya dalam hujah balas pada perbicaraan jenayah perang ke atas kedua dua bekas ketua negara itu yang memasuki hari ke tiga, semalam.

Bush dan Blair dituduh melakukan jenayah terhadap keamanan di Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur bermula sabtu lalu. Mereka didakwa bertanggungjawab merancang, menyerang dan menakluk negara berdaulat Iraq pada 19 Mac 2003 yang juga menyalahi undang undang antarabangsa dan mencabuli piagam PBB.                                       
(Perbicaraan Tribunal Jenayah Perang Terhadap Bush dan Blair di Yayasan Al Bukhary, 21 Nov)

Boyle mendakwa serangan ke atas Iraq yang diketuai Bush dan Blair bertujuan mendominasi sumber minyak Iraq selain menjaga kepentingan Israel yang juga sekutu AS dan Britain. Katanya, hanya Majlis Keselamatan PBB mempunyai kuasa penuh memutuskan penggunaan kuasa tentera ke atas sesebuah negara dan bukannya sesuka hati seperti yang dilakukan Bush dan Blair. Terdahulu, peguam pembelaan Azuan Syaidi mendakwa peperangan di Iraq adalah perlu kerana ia menentang tindakan keganasan di lakukan Saddam Hussien ke atas rakyat Iraq (termasuk dakwaan melakukan pembersihan etnik bangsa Kurdis pada 1988 serta dakwaan penggunaan senjata kimia dan biologi) serta dilakukan atas alasan campur tangan kemanusiaan.

Pasukan pembelaan diketuai peguam Jason Kay Kit Leon berhujah tindakan ketenteraan ke atas Iraq juga dilakukan kerana rejim Saddam Hussien didakwa mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas berdasarkan dua Resolusi Majlis Keselamatan PBB (SCR) iaitu SCR1368 dan SCR1373 yang membenarkan penggunaan apa apa cara sekalipun untuk menentang tindakan pengganas pasca 11 September 2001.                                                                                                                                                                                  
(Gambar semasa kedua dua pemimpin ini berbual semasa rehat NATO SUMMIT 2003)

Seorang lagi peguam bela, Pang Shan Ping berhujah SCR1483 yang diluluskan Majlis Keselamatan PBB dua bulan selepas serangan ke atas Iraq memberi justifikasi serangan itu adalah sah. Ketua pendakwa, Prof Gurdial S Nijar dalam hujah balasnya mendakwa Bush dan Blair perlu mendapat kelulusan PBB untuk melancarkan serangan ke atas Iraq, namun gagal berbuat demikian selepas Resolusi PBB 1441 tidak membenarkan serangan.


Jika tribunal menerima doktrin palsu ini, tidak mustahil bagi AS atau NATO mengambil tindakan sama ke atas mana-mana negara termasuk Malaysia. - Francis Boyle, Peguam pendakwa


Untuk keterangan lanjut sila layari laman web ini             http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AmerikagunadoktrinpalsuserangIraq/Article                                    

[Apa pendapat anda tentang hujah hujah yang diberikan daripada peguam tersebut? sila tinggalkan komen anda di ruangan komen.....terima kasih :) ]                                                              

Thursday, 13 October 2011

Fenomena Apogee (bulan jauh dari bumi) 12-13 oktober 2011



walaupun malam/pagi buta ni hujan dan awan agak tebal, tetapi saya masih mengikuti perkembangan kejadian bulan menjauhi bumi yg digelarkan sebagai Apogee, kejadian ini membenarkan pantulan cahaya dari plenet musytari sampai ke bumi dalam jangka masa 33 minit kelajuan cahaya dan berkedudukan dibarat daya bulan. Pada masa yang sama buruj Orion si pemburu bakal terbit dari langit timur malaysia dijangka dua jam lagi barulah dapat melihat buruj ini dengan sederet tiga jenis bintang jarang dilihat iaitu Altinak, Alnilam dan Mintaka yang cukup popular itu. antara gambar-gambar bulan tersebut yang diambil daripada FalakOnlinehttp://www.facebook.com/falakonline








  • Gambar ini diambil dari Shah Gazeer Observatory SGO semalam pada jam 12:15 tengah malam   semalam



         





Gambar ini diambil di perkaranagn masjid di bandar utama damansara 13 oktober jam 8:40 tadi.............(oleh FalakOnline)

Wednesday, 21 September 2011

Pengalaman Berharga Semasa Program Pameran Penggalakan Sains Dan Matematik Peringkat Negeri Sabah 2011



    Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatu....
 
 mukadimah bagi cerita kali ini bermula dengan gambar tema bagi Program Pameran Sains & Matematik. Program penggalakan ini telah di rasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan JP, Selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah Menteri Pembangunan Infrastruktur Ahli Parlimen P. 180 Keningau.



 program pameran penggalakan yang sangat menarik ini telah berlangsung selama dua hari bertempat di tiga tempat di dalam lokasi  kompleks sukan Keningau iaitu Dewan Masyarakat Keningau, Ruang Legar Dewan Badminton dan Bilik Aerobik kompleks sukan...

Semasa hari pertama pameran penggalakan ini, langsung saya tak tau apa-apa, langsung, sebab tak ada publisiti diuar-uarkan. walau bagaimanapun saya telah dimaklumkan oleh adik dan abang saya yang mengambil bahagian dalam pameran grafik untuk datang ke program penggalakan pameran sain  & matematik pada hari kedua..

sempat juga saya mengambil gambar semasa pameran hari kedua, malangnya gambar sendiri tak diambil...sedih juga lah .....hahahahaha


 Program penggalakan S&M ini telah memberikan saya banyak input ilmu seperti geofizik, sains biologi dan banyak lagi. Ada dua cabang kerja yang telah membuatkan saya minat secara tiba tiba..saya tak tahu kenapa tapi bila diingat..memang best!!

Saya ada melawat meja pameran JMM (Jabatan Meteorologi Malaysia) dan ANM ( Agensi Nuklear Malaysia) dan saya berpuas hati tentang segala persoalan saya yang telah dijawab dengan detail dan  penuh keyakinan. Seperti yang saya katakan tadi, Mereka sangat peramah dan ingin kita memahami apa yang telah mereka jawab....antara gambar berikut semasa PPS&M peringkat negeri sabah..




Gambar ini diambil di perkarangan parkir A kompleks sukan Keningau semasa pencerapan matahari di balai cerap bahagian pameran Agensi Angkasa Malaysia.

                                                                 


Nampaknya pelajar ni teruja melihat matahari....
boleh buat pengalaman berharga untuk seumur hidup....








Meja pameran Agensi Nuklear Malaysia.....malang sekali gambar saya tak diambil semasa bertanya dengan akak baju biru sebelah kanan...





Ini pula gambar ayah saya dan adik saya  bersama  maskot PPS&M....ada komen? hahahaha :)




Tak ada kerja lain mengambar bendera la pulak......cantik tak?????
                 






           

  Ini pula meja pameran Jabatan Meteorologi    Malaysia...kakak yang tersenyum tu kerja dalam bahagian gempa bumi dan tsunami syif malam.....





Ini adalah peralatan kaji cuaca. Harga bagi satu set USGS ini adalah
RM 900 bagi model lama dan RM 5786 bagi model terbaru lagi moden tapi bagi keseluruhan peralatan yang dipesan JMM adalah model baru..
setelah melawati pameran ini saya ada dijemput ke dewan aerobik untuk mengambil tempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh angkasawan kedua negara Mejar [ Doktor] Faiz Khaleed yang ditaja oleh yayasan angkasawan Malaysia

Selepas mendengar ceramah oleh beliau, saya berkesempatan bersalaman dan beramah mesra, selepas itu saya turun kebawah dan duduk bersama ahli pencerap matahari di luar dewan. Sesungguhnya dengan adanya PPPS&M di Keningau ini menjadikannya lonjakan paradigma bagi belia dan murid murid di daerah ini....sekian laporan bagi PROGRAM PENGGALAKAN PAMERAN SAINS DAN MATEMATIK di daerah KENINGAU.....

SEKIAN SAHAJA, TAMAT

Sunday, 11 September 2011

Peristiwa 9/11 september 2001

Kali ini....saya nak cakap pelat mat salleh pula hahaha...bukan bukan, saya tak tulis tapi hanya copy (copy rigth) dari blog che det...siapa kenal beliau??? kalau tak kenal maka tak cinta, cinta apa? cinta terhadap negara tercinta...beliau ialah bekas PM malaysia dari tahun 1981 sehingga 2003..dah dapat siapa beliau? bagus!!

Jadi mukadimahnya bermula dengan Bismillah hirahman nirahim (disatukan dalam perkataan arab)
baca ya....


9/11 2001


1. I had written in this blog that the attack against the New York World Trade Centre and the Pentagon on 9/11 2001 was not by Muslim terrorist. It could have been by other groups.
2. In the Star of Friday 2nd September, a report by AFP, date-lined New York has this to say:
“For some Americans, the deaths of nearly 3000 people was not the scariest thing about 9/11. It was realising who carried out the attack: yes, the American Government.”
3. I believe Arab Muslims are angry enough to sacrifice their lives and become suicide bombers. But they or their handlers do not strike me as capable of planning and strategising such attacks so as to maximise the damage to the enemy.
4. More often they would kill other Arabs who may be quite innocent. Frequent targets are mosques at prayer time.
5. But consider the attack on 9/11. The planning must have taken a considerable length of time. The candidates had to learn to fly in tiny aircrafts. Unless they were already airline pilots familiar with big passenger aircraft, their pupil pilot licenses would not be of much help to fly the four aircrafts to their targets which were not an the route of the planes.
6. Planning to hijack four aircrafts simultaneously would require great precision in timing and logistics. One aircraft maybe. But four simultaneously!! I don’t think Arab terrorists from Saudi Arabia can carry out this highly sophisticated operation with such success.
7. Then there was the collapse of the two towers hit by the aircrafts. They came down nicely upon themselves without toppling against the other buildings close by. It looks more like planned demolition of buildings than collapse consequent upon being hit by aircrafts.
8. But a third building also collapsed in the same fashion although it was not hit by any aircraft or by the collapsing twin towers. What is the explanation for this untouched building collapsing upon itself and not damaging other buildings nearby?
9. Then there is the total disappearance of the aircraft which hit the Pentagon building. There was no debris of any kind, no broken parts of the aircraft, no black box, and no human bodies flung into the surroundings. Is it possible for an aircraft to vaporise totally after a crash?
10. And the fourth aircraft which was supposed to have crashed in an open field. Again no sign of any debris. No big crater. Did it vaporise into nothingness also. Did the innocent passengers also vaporise?
11. The American press is great at reporting incidents. They will give full coverage, with great pictures sketches and detailed descriptions. For months they would publish stories with revealing photographs. They would interview the relatives of the passengers who died in the crashes. But the American press was strangely silent about 9/11.
12. It is now the 10th anniversary of 9/11. Bush lied about Saddam’s weapons of mass destruction. As a result hundreds of thousands of Iraqis, Afghans and a few thousand of young American soldiers died, thousands more are wounded, maimed for life, suffering mental breakdowns. Two countries have been devastated and fratricidal wars have become endemic. And still no democracy.



13. This is the legacy of George W. Bush. If they can lie so as to kill Iraqis, Afghans and American soldiers, it is not unthinkable for Bush & Co. to lie about who was responsible for 9/11. Human lives do not seem to mean much to Bush!!

faham juga kan apa yang dimaksudkan...malas nak translet...jadi apa pandangan anda tentang peristiwa 11 september ini? hanya Konspirasi Kerajaan USA sahaja...

     komen la selepas baca...curahkan pendapat anda...