alalalala

Thursday, 24 November 2011

Laporan Amaran Cuaca Buruk Di Seluruh Negara (Malaysia)

 Laporan Amaran Cuaca ini dikeluarkan oleh Malaysian Meteorological Department ( Jabatan Kaji Cuaca Malaysia)

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) -Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, , Sarawak, WP. Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Reef South dan Palawan dijangka berterusan sehingga Selasa, 29 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Phuket, Tioman dan Bunguran dijangka berterusan sehingga Selasa, 29 November 2011.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan oleh angin kencang dan ombak kuat. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 26 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini

Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 08:30 petang, 21 November 2011
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang dijangka berterusansehingga Selasa, 29 November 2011.
Selain daripada itu, kawasan pantai Kelantan dan Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan oleh angin kencang dan ombak kuat. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 26 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.




Gambaran ribut di tengah laut cina selatan pada hari ini, 24 November 2011 (Hari ini pada jam 5 petang)

Gambaran ribut yang telah reda di utara laut cina selatan pada hari ini. 25 November 2011 (Hari ini pada jam 2 pagi)

Gambaran ribut petir di sepanjang Pantai Barat Semenanjung pada hari ini 25 November 2011 (Hari ini pada jam 9 malam)

Gambaran ribut petir di sepanjang Pantai Barat Semenanjung, Hujung Sarawak dan Utara Sarawak dan Pedalaman Sabah pada Hari ini 27 November 2011 (Hari ini pada jam 11 malam)

Diminta berjaga jaga dalam aspek keselamatan atas ketidak tentuan keadaan cuaca sekarang :)

Wednesday, 23 November 2011

Amerika guna DOKTRIN PALSU serang Iraq

        Berita ini dipetik daripada Halaman Nasional Berita Harian (selasa 22 November 2011)

HELAH DOMINASI SUMBER MINYAK.

Kuala Lumpur: Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa Kuala Lumpur yang membicarakan George W Bush dan Tony Blair di beritahu serangan yang dilakukan terhadap sesebuah negara berdaulat atas alasan kemanusian atau tanggungjawab untuk melindungi rakyat yang ditindas seperti di Iraq adalah doktrin palsu.

Peguam pendakwa yang juga pakar undang undang Amerika Syarikat (AS), Prof Francis Boyle, berkata masyarakat dunia termasuk di Malaysia perlu menolak doktrin palsu itu yang dijadikan alasan oleh bekas Presiden AS dan bekas Perdana Menteri Britain untuk melancarkan  perang ke atas Iraq tanpa alasan kukuh atau mandat daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)
  
(Gambar semasa kedua dua pemimpin ini menghadiri NATO SUMMIT 2003)

"Dakwaan pencerobohan ke atas Iraq dilakukan atas nama kemanusian, selain negara berdaulat itu mempunyai senjata pemusnah besar besaran (WMD) adalah satu jenaka palsu dan pembohongan. "Jika tribunal menerima (mengiktiraf) doktrin palsu ini, maka tidak mustahil bagi AS atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengambil tindakan yang sama ke atas mana mana negara, termasuk Malaysia," katanya dalam hujah balas pada perbicaraan jenayah perang ke atas kedua dua bekas ketua negara itu yang memasuki hari ke tiga, semalam.

Bush dan Blair dituduh melakukan jenayah terhadap keamanan di Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur bermula sabtu lalu. Mereka didakwa bertanggungjawab merancang, menyerang dan menakluk negara berdaulat Iraq pada 19 Mac 2003 yang juga menyalahi undang undang antarabangsa dan mencabuli piagam PBB.                                       
(Perbicaraan Tribunal Jenayah Perang Terhadap Bush dan Blair di Yayasan Al Bukhary, 21 Nov)

Boyle mendakwa serangan ke atas Iraq yang diketuai Bush dan Blair bertujuan mendominasi sumber minyak Iraq selain menjaga kepentingan Israel yang juga sekutu AS dan Britain. Katanya, hanya Majlis Keselamatan PBB mempunyai kuasa penuh memutuskan penggunaan kuasa tentera ke atas sesebuah negara dan bukannya sesuka hati seperti yang dilakukan Bush dan Blair. Terdahulu, peguam pembelaan Azuan Syaidi mendakwa peperangan di Iraq adalah perlu kerana ia menentang tindakan keganasan di lakukan Saddam Hussien ke atas rakyat Iraq (termasuk dakwaan melakukan pembersihan etnik bangsa Kurdis pada 1988 serta dakwaan penggunaan senjata kimia dan biologi) serta dilakukan atas alasan campur tangan kemanusiaan.

Pasukan pembelaan diketuai peguam Jason Kay Kit Leon berhujah tindakan ketenteraan ke atas Iraq juga dilakukan kerana rejim Saddam Hussien didakwa mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas berdasarkan dua Resolusi Majlis Keselamatan PBB (SCR) iaitu SCR1368 dan SCR1373 yang membenarkan penggunaan apa apa cara sekalipun untuk menentang tindakan pengganas pasca 11 September 2001.                                                                                                                                                                                  
(Gambar semasa kedua dua pemimpin ini berbual semasa rehat NATO SUMMIT 2003)

Seorang lagi peguam bela, Pang Shan Ping berhujah SCR1483 yang diluluskan Majlis Keselamatan PBB dua bulan selepas serangan ke atas Iraq memberi justifikasi serangan itu adalah sah. Ketua pendakwa, Prof Gurdial S Nijar dalam hujah balasnya mendakwa Bush dan Blair perlu mendapat kelulusan PBB untuk melancarkan serangan ke atas Iraq, namun gagal berbuat demikian selepas Resolusi PBB 1441 tidak membenarkan serangan.


Jika tribunal menerima doktrin palsu ini, tidak mustahil bagi AS atau NATO mengambil tindakan sama ke atas mana-mana negara termasuk Malaysia. - Francis Boyle, Peguam pendakwa


Untuk keterangan lanjut sila layari laman web ini             http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AmerikagunadoktrinpalsuserangIraq/Article                                    

[Apa pendapat anda tentang hujah hujah yang diberikan daripada peguam tersebut? sila tinggalkan komen anda di ruangan komen.....terima kasih :) ]