mukadimah bagi cerita kali ini bermula dengan gambar tema bagi Program Pameran Sains & Matematik. Program penggalakan ini telah di rasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan JP, Selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah Menteri Pembangunan Infrastruktur Ahli Parlimen P. 180 Keningau.
program pameran penggalakan yang sangat menarik ini telah berlangsung selama dua hari bertempat di tiga tempat di dalam lokasi kompleks sukan Keningau iaitu Dewan Masyarakat Keningau, Ruang Legar Dewan Badminton dan Bilik Aerobik kompleks sukan...
Semasa hari pertama pameran penggalakan ini, langsung saya tak tau apa-apa, langsung, sebab tak ada publisiti diuar-uarkan. walau bagaimanapun saya telah dimaklumkan oleh adik dan abang saya yang mengambil bahagian dalam pameran grafik untuk datang ke program penggalakan pameran sain & matematik pada hari kedua..
sempat juga saya mengambil gambar semasa pameran hari kedua, malangnya gambar sendiri tak diambil...sedih juga lah .....hahahahaha
Program penggalakan S&M ini telah memberikan saya banyak input ilmu seperti geofizik, sains biologi dan banyak lagi. Ada dua cabang kerja yang telah membuatkan saya minat secara tiba tiba..saya tak tahu kenapa tapi bila diingat..memang best!!
Saya ada melawat meja pameran JMM (Jabatan Meteorologi Malaysia) dan ANM ( Agensi Nuklear Malaysia) dan saya berpuas hati tentang segala persoalan saya yang telah dijawab dengan detail dan penuh keyakinan. Seperti yang saya katakan tadi, Mereka sangat peramah dan ingin kita memahami apa yang telah mereka jawab....antara gambar berikut semasa PPS&M peringkat negeri sabah..
Gambar ini diambil di perkarangan parkir A kompleks sukan Keningau semasa pencerapan matahari di balai cerap bahagian pameran Agensi Angkasa Malaysia.
Nampaknya pelajar ni teruja melihat matahari....
boleh buat pengalaman berharga untuk seumur hidup....
Meja pameran Agensi Nuklear Malaysia.....malang sekali gambar saya tak diambil semasa bertanya dengan akak baju biru sebelah kanan...
Ini pula gambar ayah saya dan adik saya bersama maskot PPS&M....ada komen? hahahaha :)
Tak ada kerja lain mengambar bendera la pulak......cantik tak?????
Ini pula meja pameran Jabatan Meteorologi Malaysia...kakak yang tersenyum tu kerja dalam bahagian gempa bumi dan tsunami syif malam.....
RM 900 bagi model lama dan RM 5786 bagi model terbaru lagi moden tapi bagi keseluruhan peralatan yang dipesan JMM adalah model baru..
setelah melawati pameran ini saya ada dijemput ke dewan aerobik untuk mengambil tempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh angkasawan kedua negara Mejar [ Doktor] Faiz Khaleed yang ditaja oleh yayasan angkasawan Malaysia
Selepas mendengar ceramah oleh beliau, saya berkesempatan bersalaman dan beramah mesra, selepas itu saya turun kebawah dan duduk bersama ahli pencerap matahari di luar dewan. Sesungguhnya dengan adanya PPPS&M di Keningau ini menjadikannya lonjakan paradigma bagi belia dan murid murid di daerah ini....sekian laporan bagi PROGRAM PENGGALAKAN PAMERAN SAINS DAN MATEMATIK di daerah KENINGAU.....
SEKIAN SAHAJA, TAMAT