alalalala

Thursday, 24 November 2011

Laporan Amaran Cuaca Buruk Di Seluruh Negara (Malaysia)

 Laporan Amaran Cuaca ini dikeluarkan oleh Malaysian Meteorological Department ( Jabatan Kaji Cuaca Malaysia)

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) -Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, , Sarawak, WP. Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Reef South dan Palawan dijangka berterusan sehingga Selasa, 29 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Phuket, Tioman dan Bunguran dijangka berterusan sehingga Selasa, 29 November 2011.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan oleh angin kencang dan ombak kuat. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 26 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini

Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 08:30 petang, 21 November 2011
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang dijangka berterusansehingga Selasa, 29 November 2011.
Selain daripada itu, kawasan pantai Kelantan dan Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan oleh angin kencang dan ombak kuat. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 26 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.




Gambaran ribut di tengah laut cina selatan pada hari ini, 24 November 2011 (Hari ini pada jam 5 petang)

Gambaran ribut yang telah reda di utara laut cina selatan pada hari ini. 25 November 2011 (Hari ini pada jam 2 pagi)

Gambaran ribut petir di sepanjang Pantai Barat Semenanjung pada hari ini 25 November 2011 (Hari ini pada jam 9 malam)

Gambaran ribut petir di sepanjang Pantai Barat Semenanjung, Hujung Sarawak dan Utara Sarawak dan Pedalaman Sabah pada Hari ini 27 November 2011 (Hari ini pada jam 11 malam)

Diminta berjaga jaga dalam aspek keselamatan atas ketidak tentuan keadaan cuaca sekarang :)

Wednesday, 23 November 2011

Amerika guna DOKTRIN PALSU serang Iraq

        Berita ini dipetik daripada Halaman Nasional Berita Harian (selasa 22 November 2011)

HELAH DOMINASI SUMBER MINYAK.

Kuala Lumpur: Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa Kuala Lumpur yang membicarakan George W Bush dan Tony Blair di beritahu serangan yang dilakukan terhadap sesebuah negara berdaulat atas alasan kemanusian atau tanggungjawab untuk melindungi rakyat yang ditindas seperti di Iraq adalah doktrin palsu.

Peguam pendakwa yang juga pakar undang undang Amerika Syarikat (AS), Prof Francis Boyle, berkata masyarakat dunia termasuk di Malaysia perlu menolak doktrin palsu itu yang dijadikan alasan oleh bekas Presiden AS dan bekas Perdana Menteri Britain untuk melancarkan  perang ke atas Iraq tanpa alasan kukuh atau mandat daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)
  
(Gambar semasa kedua dua pemimpin ini menghadiri NATO SUMMIT 2003)

"Dakwaan pencerobohan ke atas Iraq dilakukan atas nama kemanusian, selain negara berdaulat itu mempunyai senjata pemusnah besar besaran (WMD) adalah satu jenaka palsu dan pembohongan. "Jika tribunal menerima (mengiktiraf) doktrin palsu ini, maka tidak mustahil bagi AS atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengambil tindakan yang sama ke atas mana mana negara, termasuk Malaysia," katanya dalam hujah balas pada perbicaraan jenayah perang ke atas kedua dua bekas ketua negara itu yang memasuki hari ke tiga, semalam.

Bush dan Blair dituduh melakukan jenayah terhadap keamanan di Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur bermula sabtu lalu. Mereka didakwa bertanggungjawab merancang, menyerang dan menakluk negara berdaulat Iraq pada 19 Mac 2003 yang juga menyalahi undang undang antarabangsa dan mencabuli piagam PBB.                                       
(Perbicaraan Tribunal Jenayah Perang Terhadap Bush dan Blair di Yayasan Al Bukhary, 21 Nov)

Boyle mendakwa serangan ke atas Iraq yang diketuai Bush dan Blair bertujuan mendominasi sumber minyak Iraq selain menjaga kepentingan Israel yang juga sekutu AS dan Britain. Katanya, hanya Majlis Keselamatan PBB mempunyai kuasa penuh memutuskan penggunaan kuasa tentera ke atas sesebuah negara dan bukannya sesuka hati seperti yang dilakukan Bush dan Blair. Terdahulu, peguam pembelaan Azuan Syaidi mendakwa peperangan di Iraq adalah perlu kerana ia menentang tindakan keganasan di lakukan Saddam Hussien ke atas rakyat Iraq (termasuk dakwaan melakukan pembersihan etnik bangsa Kurdis pada 1988 serta dakwaan penggunaan senjata kimia dan biologi) serta dilakukan atas alasan campur tangan kemanusiaan.

Pasukan pembelaan diketuai peguam Jason Kay Kit Leon berhujah tindakan ketenteraan ke atas Iraq juga dilakukan kerana rejim Saddam Hussien didakwa mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas berdasarkan dua Resolusi Majlis Keselamatan PBB (SCR) iaitu SCR1368 dan SCR1373 yang membenarkan penggunaan apa apa cara sekalipun untuk menentang tindakan pengganas pasca 11 September 2001.                                                                                                                                                                                  
(Gambar semasa kedua dua pemimpin ini berbual semasa rehat NATO SUMMIT 2003)

Seorang lagi peguam bela, Pang Shan Ping berhujah SCR1483 yang diluluskan Majlis Keselamatan PBB dua bulan selepas serangan ke atas Iraq memberi justifikasi serangan itu adalah sah. Ketua pendakwa, Prof Gurdial S Nijar dalam hujah balasnya mendakwa Bush dan Blair perlu mendapat kelulusan PBB untuk melancarkan serangan ke atas Iraq, namun gagal berbuat demikian selepas Resolusi PBB 1441 tidak membenarkan serangan.


Jika tribunal menerima doktrin palsu ini, tidak mustahil bagi AS atau NATO mengambil tindakan sama ke atas mana-mana negara termasuk Malaysia. - Francis Boyle, Peguam pendakwa


Untuk keterangan lanjut sila layari laman web ini             http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AmerikagunadoktrinpalsuserangIraq/Article                                    

[Apa pendapat anda tentang hujah hujah yang diberikan daripada peguam tersebut? sila tinggalkan komen anda di ruangan komen.....terima kasih :) ]                                                              

Thursday, 13 October 2011

Fenomena Apogee (bulan jauh dari bumi) 12-13 oktober 2011



walaupun malam/pagi buta ni hujan dan awan agak tebal, tetapi saya masih mengikuti perkembangan kejadian bulan menjauhi bumi yg digelarkan sebagai Apogee, kejadian ini membenarkan pantulan cahaya dari plenet musytari sampai ke bumi dalam jangka masa 33 minit kelajuan cahaya dan berkedudukan dibarat daya bulan. Pada masa yang sama buruj Orion si pemburu bakal terbit dari langit timur malaysia dijangka dua jam lagi barulah dapat melihat buruj ini dengan sederet tiga jenis bintang jarang dilihat iaitu Altinak, Alnilam dan Mintaka yang cukup popular itu. antara gambar-gambar bulan tersebut yang diambil daripada FalakOnlinehttp://www.facebook.com/falakonline








  • Gambar ini diambil dari Shah Gazeer Observatory SGO semalam pada jam 12:15 tengah malam   semalam



         





Gambar ini diambil di perkaranagn masjid di bandar utama damansara 13 oktober jam 8:40 tadi.............(oleh FalakOnline)

Wednesday, 21 September 2011

Pengalaman Berharga Semasa Program Pameran Penggalakan Sains Dan Matematik Peringkat Negeri Sabah 2011



    Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatu....
 
 mukadimah bagi cerita kali ini bermula dengan gambar tema bagi Program Pameran Sains & Matematik. Program penggalakan ini telah di rasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan JP, Selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah Menteri Pembangunan Infrastruktur Ahli Parlimen P. 180 Keningau.



 program pameran penggalakan yang sangat menarik ini telah berlangsung selama dua hari bertempat di tiga tempat di dalam lokasi  kompleks sukan Keningau iaitu Dewan Masyarakat Keningau, Ruang Legar Dewan Badminton dan Bilik Aerobik kompleks sukan...

Semasa hari pertama pameran penggalakan ini, langsung saya tak tau apa-apa, langsung, sebab tak ada publisiti diuar-uarkan. walau bagaimanapun saya telah dimaklumkan oleh adik dan abang saya yang mengambil bahagian dalam pameran grafik untuk datang ke program penggalakan pameran sain  & matematik pada hari kedua..

sempat juga saya mengambil gambar semasa pameran hari kedua, malangnya gambar sendiri tak diambil...sedih juga lah .....hahahahaha


 Program penggalakan S&M ini telah memberikan saya banyak input ilmu seperti geofizik, sains biologi dan banyak lagi. Ada dua cabang kerja yang telah membuatkan saya minat secara tiba tiba..saya tak tahu kenapa tapi bila diingat..memang best!!

Saya ada melawat meja pameran JMM (Jabatan Meteorologi Malaysia) dan ANM ( Agensi Nuklear Malaysia) dan saya berpuas hati tentang segala persoalan saya yang telah dijawab dengan detail dan  penuh keyakinan. Seperti yang saya katakan tadi, Mereka sangat peramah dan ingin kita memahami apa yang telah mereka jawab....antara gambar berikut semasa PPS&M peringkat negeri sabah..




Gambar ini diambil di perkarangan parkir A kompleks sukan Keningau semasa pencerapan matahari di balai cerap bahagian pameran Agensi Angkasa Malaysia.

                                                                 


Nampaknya pelajar ni teruja melihat matahari....
boleh buat pengalaman berharga untuk seumur hidup....








Meja pameran Agensi Nuklear Malaysia.....malang sekali gambar saya tak diambil semasa bertanya dengan akak baju biru sebelah kanan...





Ini pula gambar ayah saya dan adik saya  bersama  maskot PPS&M....ada komen? hahahaha :)




Tak ada kerja lain mengambar bendera la pulak......cantik tak?????
                 






           

  Ini pula meja pameran Jabatan Meteorologi    Malaysia...kakak yang tersenyum tu kerja dalam bahagian gempa bumi dan tsunami syif malam.....





Ini adalah peralatan kaji cuaca. Harga bagi satu set USGS ini adalah
RM 900 bagi model lama dan RM 5786 bagi model terbaru lagi moden tapi bagi keseluruhan peralatan yang dipesan JMM adalah model baru..
setelah melawati pameran ini saya ada dijemput ke dewan aerobik untuk mengambil tempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh angkasawan kedua negara Mejar [ Doktor] Faiz Khaleed yang ditaja oleh yayasan angkasawan Malaysia

Selepas mendengar ceramah oleh beliau, saya berkesempatan bersalaman dan beramah mesra, selepas itu saya turun kebawah dan duduk bersama ahli pencerap matahari di luar dewan. Sesungguhnya dengan adanya PPPS&M di Keningau ini menjadikannya lonjakan paradigma bagi belia dan murid murid di daerah ini....sekian laporan bagi PROGRAM PENGGALAKAN PAMERAN SAINS DAN MATEMATIK di daerah KENINGAU.....

SEKIAN SAHAJA, TAMAT

Sunday, 11 September 2011

Peristiwa 9/11 september 2001

Kali ini....saya nak cakap pelat mat salleh pula hahaha...bukan bukan, saya tak tulis tapi hanya copy (copy rigth) dari blog che det...siapa kenal beliau??? kalau tak kenal maka tak cinta, cinta apa? cinta terhadap negara tercinta...beliau ialah bekas PM malaysia dari tahun 1981 sehingga 2003..dah dapat siapa beliau? bagus!!

Jadi mukadimahnya bermula dengan Bismillah hirahman nirahim (disatukan dalam perkataan arab)
baca ya....


9/11 2001


1. I had written in this blog that the attack against the New York World Trade Centre and the Pentagon on 9/11 2001 was not by Muslim terrorist. It could have been by other groups.
2. In the Star of Friday 2nd September, a report by AFP, date-lined New York has this to say:
“For some Americans, the deaths of nearly 3000 people was not the scariest thing about 9/11. It was realising who carried out the attack: yes, the American Government.”
3. I believe Arab Muslims are angry enough to sacrifice their lives and become suicide bombers. But they or their handlers do not strike me as capable of planning and strategising such attacks so as to maximise the damage to the enemy.
4. More often they would kill other Arabs who may be quite innocent. Frequent targets are mosques at prayer time.
5. But consider the attack on 9/11. The planning must have taken a considerable length of time. The candidates had to learn to fly in tiny aircrafts. Unless they were already airline pilots familiar with big passenger aircraft, their pupil pilot licenses would not be of much help to fly the four aircrafts to their targets which were not an the route of the planes.
6. Planning to hijack four aircrafts simultaneously would require great precision in timing and logistics. One aircraft maybe. But four simultaneously!! I don’t think Arab terrorists from Saudi Arabia can carry out this highly sophisticated operation with such success.
7. Then there was the collapse of the two towers hit by the aircrafts. They came down nicely upon themselves without toppling against the other buildings close by. It looks more like planned demolition of buildings than collapse consequent upon being hit by aircrafts.
8. But a third building also collapsed in the same fashion although it was not hit by any aircraft or by the collapsing twin towers. What is the explanation for this untouched building collapsing upon itself and not damaging other buildings nearby?
9. Then there is the total disappearance of the aircraft which hit the Pentagon building. There was no debris of any kind, no broken parts of the aircraft, no black box, and no human bodies flung into the surroundings. Is it possible for an aircraft to vaporise totally after a crash?
10. And the fourth aircraft which was supposed to have crashed in an open field. Again no sign of any debris. No big crater. Did it vaporise into nothingness also. Did the innocent passengers also vaporise?
11. The American press is great at reporting incidents. They will give full coverage, with great pictures sketches and detailed descriptions. For months they would publish stories with revealing photographs. They would interview the relatives of the passengers who died in the crashes. But the American press was strangely silent about 9/11.
12. It is now the 10th anniversary of 9/11. Bush lied about Saddam’s weapons of mass destruction. As a result hundreds of thousands of Iraqis, Afghans and a few thousand of young American soldiers died, thousands more are wounded, maimed for life, suffering mental breakdowns. Two countries have been devastated and fratricidal wars have become endemic. And still no democracy.



13. This is the legacy of George W. Bush. If they can lie so as to kill Iraqis, Afghans and American soldiers, it is not unthinkable for Bush & Co. to lie about who was responsible for 9/11. Human lives do not seem to mean much to Bush!!

faham juga kan apa yang dimaksudkan...malas nak translet...jadi apa pandangan anda tentang peristiwa 11 september ini? hanya Konspirasi Kerajaan USA sahaja...

     komen la selepas baca...curahkan pendapat anda...

Saturday, 10 September 2011

Terkejut!...pertubuhan rahsia bertapak di Sabah

anda pasti tertanya tanya kenapakah saya menulis tajuk untuk artikel ini terkejut, saya menulis artikel ini kerana terkejut tentang bangunan yang agak cantik ditutupi papan iklan di tepi cerun bukit diantara laluan traffik karamunsing dan kota kinabalu lama dan berhadapan kompleks karamunsing ini ialah DEWAN FREEMANSON. masih tertanya tanya dimanakah bangunan itu terletak lihat foto daripada http://hijazi-alislami.blogspot.com/2008/11/usrah-bersama-cikgu-anuar.html   





Freemason adalah pertubuhan yahudi yang berpangkalan di seluruh dunia termasuk Kota Kinabalu sendiri. bangunan yang nampak tidak berpenghuni ini adalah dikawal dengan ketat. kegiatan mereka di bumi kita ini ialah menyebarkan agenda tersembunyi dalam badan amal yang lebih dikenali di pedalaman sabah termasuk juga seluruh sabah sebagai ROTARY  INTERNATIONAL dan LION INTERNATIONAL.
Pertubuhan ini sangat bergiat aktif membantu orang miskin di seluruh sabah tanpa mengira pegangan agama tetapi sumbangan itu diragui kerana orang berbangsa yahudi memang cukup sinonim dengan agenda dan balasan. Kebanyakan orang didalam pertubuhan rahsia ini majoriti tergolong orang berbangsa cina dan muallaf. 

Pintu pagar depan dewan tersebut ditutup rapi dan dikawal ketat oleh beberapa ekor anjing dan pengawal. Layari http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=63494&page=1 untuk melihat sendiri video yang diambil. Ramai orang mengatakan sesiapa yang lalu di hadapan pintu pagar dewan tersebut akan dikenal pasti, jadi agak sukar juga para pembloger untuk menyiasat. Lagi satu,bagunan ini mendapat kelulusan pembinaannya diatas tanah rizab kerajaan negeri...saya masih tertanya tanya....antara gambar lokasi serta kedudukan Dewan Freemanson ...
selepas membaca artikel saya ini... apakah anda akan lakukan selepas ini?

Thursday, 8 September 2011

cintan dan cintun pada pandangan aku ~ copyright daripada Zul Aiman


CINTA PADA PANDANGAN AKU :
CINTA BAGI AKU ADALAH SESUATU PERASAAN YANG TIDAK MUDAH UNTUK DIGAMBARKAN MELALUI KATA2x CINTA ITU BAGAIKAN SATU LAUTAN PASIFIK YANG SANGAT MELUAS YANG HANYA BOLEH DITEROKAI OLEH ORANG YANG MAMPU UNTUK MENAHAN KEPAYAHANNYA.

KELUASAN SEBUAH CINTA JUGA TERLETAK PADA ORANGNYA , JIKA ORANGNYA YANG JENIS YANG SUSAH UNTUK MELUAHKAN PERASAN CINTA MAKA MAKIN LUASLAH PERJALANANNYA ITU, DAN JIKA ORANG ITU SESEORANG ITU JENIS YANG MUDAH MELUAHKAN CINTANYA MAKA LEBIH MUDAH UNTUKNYA MELALUI PERJALANANNYA ITU.

CINTA ITU TIDAK SEMUANYA KELUAR DARIPADA KATA-KATA IA SEBENARNYA KELUAR DARIPADA PELBAGAI CARA YANG MUNGKIN KITA TIDAK PERNAH  JANGKAKAN,

ADA JENIS ORANG YANG BERCINTA ITU DIKATAKAN EGO, SEBENARNYA IA BUKANLAH DIPANGGIL SEBAGAI EGO IANYA BOLEH DIPANGGIL SEBAGAI TAKUT MENCUBA. SPERTI CONTOH SESEORANG LELAKI INI MINAT PADA SEORANG PEREMPUAN. TETAPI DIA TIDAK PERNAH PUN MENGATAKAN PADA PEREMPUAN YANG DIA MINAT ITU. TETAPI MELALUI GERAK-GERINYA ITU PEREMPUAN ITU PERASAN BAHAWA LELAKI ITU MENYUKAINYA. 

LELAKI SEPERTI INI SELALU DIKATAKAN EGOISTIK KERANA MEREKA TIDAK MAHU MENYATAKAN PERASAAN MEREKA YANG SEBENAR-BENARNYA . PENDAPAT ITU SALAH BAGI SAYA KERANA LELAKI SEPERTI INI BUKANLAH EGO TETAPI MEREKA TAKUT JIKA CINTA MEREKA ITU DITOLAK MENTAH-MENTAH OLEH PEREMPUAN YANG MEREKA SUKA ITU DAN MEREKA MEMILIH UNTUK TERUS MEMBISU.

LELAKI SEPERTI INI KADANG-KADANG MEREKA CUBA UNTUK LARI DARIPADA KENYATAAN , MENGAPA SAYA MENGATAKAN BAHAWA MEREKA CUBA UNTUK LARI DARIPADA KENYATAAN KERANA APABILA MEREKA TAKUT UNTUK BERTERUS TERANG . APABILA MEREKA DITANYA OLEH KAWAN-KAWANNYA ADAKAH DIA SUKA SI POLAN BIN/BTE SI POLAN INI. MEREKA AKAN MENGATAKAN : TIDAK ATAU MEREKA AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MENUKAR TOPIK PERBICARAAN MEREKA. MERAKA HANYA AKAN MEMBERITAHU KEPADA SEORANG KAWAN MEREKA YANG MEREKA BENAR2x PERCAYA .

LELAKI SEPERTI INI AKAN MEMBERITAHU PERASAAN MEREKA INI APABILA MEREKA INI DILAYAN OLEH ORANG YANG MEREKA SUKA. TETAPI APABILA MEREKA DILAYAN OLEH ORANG YANG MEREKA SUKA , MEREKA BELUM LAGI AKAN MEMBERITAHU ORANG YANG MEREKA SUKA ITU KERANA MEREKA MASIH BELUM YAKIN. MEREKA AKAN MEMBERITAHU ORANG YANG MEREKA SUKA ITU , TETAPI BUKAN DENGAN AYAT YANG JELAS. MEREKA AKAN CUBA MEMBERI KLU DALAM SETIAP BENTUK AYAT MEREKA KEPADA ORANG YANG MEREKA SUKAI AYAT YANG LAPISANNYA SANGAT SUSAH UNTUK DITAFSIRKAN TETAPI AKAN MUDAH DITAFSIRKAN OLEH PEREMPUAN ITU BILA MEREKA CUBA MEMAHAMI PERASAAN LELAKI YANG MENYUKAI MEREKA. TETAPI JIKA MASIH TIDAK BOLEH DIFAHAMI OLEH PEREMPUAN ITU , MAKA ITULAH YANG MENYEBABKAN LELAKI TERSEBUT INGIN NAIK GILA ~

PADA SAYA BAGI MENYELESAIKAN HAL INI LEBIH BAIK KITA CINTA PADA YANG SATU(ALLAH) KERANA ALLAH MENERIMA SETIAP CINTA MAKHLUKNYA KEPDANYA TANPA MENGIRA RUPA BENTUK SESEORANG KERANA BAGINYA YANG MEMBEZAKAN SETIAP MAKHLUK ITU ADALAH HATINYA. JIKA HATI DIJAGA DENGAN BAIK MAKA BAIK LAH KESELURUHANNYA TETAPI JIKA HATI ITU SUDAH KOTOR , KOTOR LAH KESELURUHANNYA.

SAYA PUN DAH MENGANTUK INI SAHAJALAH NOTE SAYA PADA KALI INI. ASSALAMMUALAIKUM  ^_^ ..                                                                
                                                                                ( copyright 2011)


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN ( KHUTBAH JUMAAT 13 MEI 2011 / 9 JAMADIL AKHIR 1432 H )


  
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN ”  
(13 Mei 2011 / 9 Jamadilakhir 1432H)


  
  
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Statistik pada masa ini menunjukkan bahawa bilangan guru ialah seramai 380,000 manakala bilangan  anak-anak kita yang berada di alam persekolahan ialah seramai 5.4 juta orang. Lihat betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik anak-anak kita ini. Kerana itu, setiap tahun tanggal 16 Mei telah dipilih sebagai hari bersejarah untuk kita semua memperingati dan menghargai sumbangan para guru terutamanya dalam mendidik dan menjana tranformasi pendidikan bagi membina negara bangsa. 
 Sesungguhnya seorang  guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat, mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA :
 Maksudnya:"Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".

Sejarah ketamadunan Islam telah mencatatkan bahawa guru atau para ulama adalah golongan yang amat dihormati oleh masyarakat dan pemerintah. Bukan menjadi sesuatu yang menghairankan jika seorang khalifah sanggup berjalan ke rumah seorang ulama, semata-mata untuk menuntut ilmu dan duduk bersama dengan mereka. Diriwayatkan bahawa Imam Malik bin Anas pernah menolak tawaran untuk mengajar di Istana bahkan dengan tegas beliau mengatakan: Ilmu itu didatangi bukan mendatangi. Kisah Imam Malik yang merupakan contoh sebagai seorang murid yang menghormati guru. Jika ada sesuatu persoalan dikemukakan kepadanya, ia lebih suka merujuk kepada gurunya terlebih dahulu. Beliau pernah berkata: “Aku tidak mahu menjawab permasalahan ini sebelum aku bertanya terlebih dahulu kepada orang yang lebih alim daripadaku. Apakah pendapatku ini lebih bertepatan dengan kebenaran”. Lihatlah bertapa sikap merendah diri dan rasa hormat seorang Imam dan ulama terbilang seperti Imam Malik. 
Begitu juga yang berlaku kepada Imam Shafie  yang amat menghormati gurunya. Beliau pernah berkata: “Malik bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada Imam Malik dan Ibnu Uyainah, maka hilanglah seluruh ilmu ulama-ulama negeri Hijaz ini. Saidina Ali RA juga pernah berkata “Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku.Demikian tinggi dan mulianya kedudukan guru serta dihormati  sehingga Allah  SWT  berfirman dalam surah al-Mujadalah ayat 11:
Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diminta memberi lapang dalam majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan melapangkan untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah
Dalam menjana tranformasi pendidikan tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga berperanan sebagai murabi untuk membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.Mereka berada di saf  hadapan untuk membangun bangsa yang cemerlang yang akan menentukan sebuah negara yang maju,  aman dan dihormati. Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian dan maklumat agar selari dengan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat bagi tujuan mencapai aspirasi negara.
Walaubagaimana pun kejayaan dan keberkesanan pencapaian sistem pendidikan sebenarnya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan adalah unsur penting membantu kearah kecemerlangan pendidikan. Bagi mencapai hasrat tersebut, tuntutan kepada ilmu pengetahuan yang berbentuk fardhu ain dan fardhu kifayah adalah amat diperlukan. Ianya hendaklah disepadukan agar kemajuan yang hendak dicapai itu dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amalan memisahkan antara pendidikan yang bercorak fardhu ain dan fardhu kifayah akan melahirkan sebuah masyarakat yang tempang sekaligus menggagalkan usaha membentuk modal Insan yang gemilang. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 18:
Maksudnya: Allah menerangkan ( kepada sekelian makhluknya dengan dalil dan bukti ) bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu ( mengakui dan menegaskan juga yang demikian ) tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Anak bangsa yang berkualiti ianya haruslah bermula daripada orang yang mendidik mereka. Keupayaan ini mestilah  di dokong bersama antara guru dan masyarakat terutama ibubapa. Jika tidak nescaya harapan negara ke arah melahirkan generasi modal insan kelas pertama yang berjiwa “Ulul Albab akan sia-siaseperti kata pepatah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing . Firman Allah SWT dalam surah al- Maidah ayat 2:
Maksudnya:  “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan (kebaikan) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana Allah sesungguhnya Maha Berat Azab siksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

Ibu bapa dan masyarakat hendaklah seiring dan bersama-sama dalam memacu pendidikan dengan menginstitusikan keluarga, masyarakat dan persekitaran sebagai sekolah. Disamping ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dan persekitaran dengan memberi perhatian yang serius terhadap kehidupan seharian anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah peka terhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak. Mimbar percaya hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru amat penting agar usaha mengasuh dan mendidik anak-anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Persatuan ibu bapa dan guru-guru seharusnya memainkan peranan dalam membina pendidikan anak-anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu menjalin hubungan yang erat dan berterusan dengan pihak sekolah agar setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapat diselesaikan secara muhibah.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Mimbar menyeru semua pihak, selari dengan  ajaran Islam dan sifat orang beriman yang bersyukur, marilah kita bersama-sama bertanggungjawab untuk membentuk tranformasi pendidikan dengan menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta membentuk akhlak dan jati diri bagi melahirkan anak bangsa yang cemerlang . Ingatlah bahawa tugas membina negara bangsa melalui pendidikan tidak akan selesai. Sebaliknya ia semakin mencabar selaras dengan kemajuan yang tidak terbatas pada masa kini.
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru pada tahun ini, marilah kita memanjatkan doa kehadrat Allah SWT agar matlamat kita untuk melihat generasi akan datang yang memahami tanggungjawab dalam membina negara bangsa terlaksana dengan sempurna melalui pendidikan berkualiti yang disampaikan oleh para guru sebagai pemacu tranformasi pendidikan. Marilah sama-sama kita mendokong usaha yang murni ini, mudah-mudahan segala usaha kita akan diberkati oleh Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah kita merenung firman Allah SWT dalam surah  az-Zumar ayat 9:
Maksudnya: Apakah orang yang taat beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, ia takutkan azab hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya, sama dengan orang musyrik?Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal.

Wednesday, 7 September 2011

sejenak bersama Juha (1)


saya tak tau apa nak tulis kat blog baru saya ni sebab blog lama dah kena block jadi saya nak ceritalah tentang seorang yang bernama Juha, dipetik daripada himpunan kisah benar .... selamat membaca :)                                                                                                             
(1) JUHA AL-KHUFI AL FAZZARI, nama kuniahnya adalah ABDUL GHUSN. Dia terlalu pelupa dan bengang walaupun cerdik , sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh berlaku. Ibunya adalah khadam kepada ibu sahabat ANAS BIN MALIK. AL JAUHARI di dalam kitabnya menamakannya JUHA. Pengarang kitab " AL QAMUS " mengatakan bahawa JUHA adalah laqabnya sedang namanya yang sebenar adalah DAJIN BIN THABIT. selain JUHA AL KHUFI yang bebangsa arab ini, ada orang lain juga bernama JUHA, tapi berasal dari TURKI. sehingga sekarang kadang kadang kisah kedua dua JUHA itu bercampur .

BELAKANG BERERTI HADAPAN

ABU BAKAR AL KHALBI menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan JUHA di KHUFA. Ketika itu dia sengaja datang ke KHUFA untuk ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa dengan seorang shyeik sedang duduk berjemur di panas matahari..
" Wahai syeikh! di mana rumah tuan hakim?" tanya ABU BAKAR AL KHALBI kepada syeikh itu..
" Wara'aka ( dibelakangmu ). jawab syeikh itu
Maka ABU BAKAR pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah tuan hakim yang di maksudkan itu
"subahanallah,mengapa engkau berpatah balik ke belakang???" tegur syeikh itu tiba tiba.
" Tuan kata '' di belakang mu '' jadi saya balik ke belakang lah..." jawab ABU BAKAR.
"Dengarlah wahai saudara. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah....
Lalu syeikh itu membaca surah AL KHAFI, ayat 79 yang ertinya:
  " kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa"
"Ikramah berkata" kata syeikh itu lagi. " di belakang mereka bermaksud dihadapan mereka..."
Barulah ABU BAKAR AL KHALBI faham bahawa rumah tuan hakim yang di maksudkan itu berada di hadapannya...
" subahanallah ......" kata ABU BAKAR dengan kagumnya. kemudian dia bertanya: syeikh ini abu siapa??
" ABDUL GHUSN." jawabnya
nama sebenar?? tanya ABU BAKAR lagi..
" JUHA." jawabnya  ***** .

TERIAKAN JUBAH

ABU HASSAN menceritakan bahawa seorang lelaki telah mendengar jeritan  dan mengadu kesakitan di rumah JUHA.
" Aku terdengar jeritan di rumah tuan, siapa gerangan yang menjerit itu??. tanya lelaki itu kepada JUHA.
" Jubah ku jatuh dari atas rumah" jawab JUHA ..
" Eh..takkanlah jubah sekali nak jatuh pun nak menjerit jerit?" tanya lelaki itu
" Engkau ini bodoh! jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah dipakai mu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh sekali..." kata JUHA dengan kesal  ***** .

KUBUR DI ATAS TANAH

Suatu hari, seorang jiran juha meninggal dunia. maka JUHA bertanggungjawab ke atas pengkebumiannya. Dia lalu pergi ke tanah perkuburan untuk memesan sebuah kuburan. Akan tetapi terjadinya pertengkaran antara JUHA dengan Penggali Kubur berkenaan tentang upah menggalinya.
penggali kubur itu meminta upah sekurang kurangnya 5 dirham, dan kalau tidak dia tidak mahu menggali. JUHA tidak setuju akan bayaran sebanyak itu..
Tiba tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga 2 dirham dan dibawanya ke tanah perkuburan.
" Buat apa dengan kayu itu??" kata orang ramai
" tukang gali kubur tak mahu galikan kubur untuk saya kerana jika tidak dibayar sekurang kurangnya 5 dirham. Aku beli saja papan papan ini dengan harga 2 dirham saja. Aku tutup mayat jiran ku ini dengan papan papan tersebut dan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung 3 dirham. Disamping itu juga mayat tak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan malaikat MUNGKAR & NANGKIR di dalam kuburan..." ***** .

UNTA MINTA UPAH ??

Suatu ketika JUHA pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik. Tiba tiba unta yang di tunggangnya telah lari dengan gandum gamdum nya sekali. setelah beberapa hari kemudian. JUHA menjumpai untanya. akan tetapi JUHA mengelak daripada dilihat oleh untanya.
" mengapa engkau bersembunyi dari untamu " tanya seseorang.
" aku khuatir unta saya itu akan meminta wang tambang kepadaku . oleh itu saya bersembunyi daripadanya." jawab JUHA . ***** .

MEMBELI BANGKAI BURUNG

Suatu hari JUHA melihat kanak kanak mempermain mainkan seekor burung yang telah mati.
" boleh jual kepadaku burung itu?" tanya JUHA.
" burung sudah mati akan engkau beli, buat apa? " tanya kanak kanak itu
" aku memang ingin memilikinya ." kata JUHA
" kalau nak juga... sila beli." kata kanak kanak itu
JUHA membayar burung mati itu dengan harga 1 dirham kemudian dibawanya pulang. sesampainya di rumah, ibu JUHA pun hairan dan marah
" hai JUHA !! buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai itu?." kata ibunya
" Diamlah bu...Jika burung hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makananya ." jawab JUHA. *****.

KAMBING AJAIB

semasa remajanya, JUHA pernah di suruh oleh ayahnya ke pasar untuk membelikan kepala kambing bakar. Dia pun pergi ke pasar dan membeli satu kepala kambing bakar yang baik dan dibawanya pulang. di tengah perjalanan, JUHA berhenti dan membuka kepala kambing itu..semua bahagian kepala kambing bakar itu telah dimakan oleh JUHA yakni yang tinggal hanya tengkorak kambing sahaja. sekembalinya di rumah....
" celaka kamu !! apa ini?" kata ayahnya
" itulah kepala yang ayah minta" jawab JUHA.
" mana kedua dua matanya? " soal ayahnya lagi.
" ini kambing buta." jawab JUHA.
" mana kedua dua telinganya?." tanya ayahnya lagi.
" kambing ini tuli." jawab JUHA.
" lidahnya jugak tak ada...kemana??" soal ayahnya lagi.
" agaknya kambing ini kelu." jawab anaknya JUHA.
" sampai pada otaknya pun tak ada ke mana hilangnya??" tanya ayahnya dengan sedih.
" kambingnya gila." jawab JUHA.
ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi
" celaka engkau JUHA, sila kembalikan kepala ini kepada penjualnya, dan tukar dengan kepala yang lain." kata ayahnya...
" pemiliknya telah menjual kepala kambing itu tanpa sebarang cacat jadi tak boleh ditukar." jawab JUHA...*****.

CERITA INI ADALAH BENAR DAN DI CATATKAN PADA 20 HIJRAH. KESIMPULANNYA BUATLAH SENDIRI