alalalala

Wednesday 7 September 2011

sejenak bersama Juha (1)


saya tak tau apa nak tulis kat blog baru saya ni sebab blog lama dah kena block jadi saya nak ceritalah tentang seorang yang bernama Juha, dipetik daripada himpunan kisah benar .... selamat membaca :)                                                                                                             
(1) JUHA AL-KHUFI AL FAZZARI, nama kuniahnya adalah ABDUL GHUSN. Dia terlalu pelupa dan bengang walaupun cerdik , sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh berlaku. Ibunya adalah khadam kepada ibu sahabat ANAS BIN MALIK. AL JAUHARI di dalam kitabnya menamakannya JUHA. Pengarang kitab " AL QAMUS " mengatakan bahawa JUHA adalah laqabnya sedang namanya yang sebenar adalah DAJIN BIN THABIT. selain JUHA AL KHUFI yang bebangsa arab ini, ada orang lain juga bernama JUHA, tapi berasal dari TURKI. sehingga sekarang kadang kadang kisah kedua dua JUHA itu bercampur .

BELAKANG BERERTI HADAPAN

ABU BAKAR AL KHALBI menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan JUHA di KHUFA. Ketika itu dia sengaja datang ke KHUFA untuk ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa dengan seorang shyeik sedang duduk berjemur di panas matahari..
" Wahai syeikh! di mana rumah tuan hakim?" tanya ABU BAKAR AL KHALBI kepada syeikh itu..
" Wara'aka ( dibelakangmu ). jawab syeikh itu
Maka ABU BAKAR pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah tuan hakim yang di maksudkan itu
"subahanallah,mengapa engkau berpatah balik ke belakang???" tegur syeikh itu tiba tiba.
" Tuan kata '' di belakang mu '' jadi saya balik ke belakang lah..." jawab ABU BAKAR.
"Dengarlah wahai saudara. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah....
Lalu syeikh itu membaca surah AL KHAFI, ayat 79 yang ertinya:
  " kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa"
"Ikramah berkata" kata syeikh itu lagi. " di belakang mereka bermaksud dihadapan mereka..."
Barulah ABU BAKAR AL KHALBI faham bahawa rumah tuan hakim yang di maksudkan itu berada di hadapannya...
" subahanallah ......" kata ABU BAKAR dengan kagumnya. kemudian dia bertanya: syeikh ini abu siapa??
" ABDUL GHUSN." jawabnya
nama sebenar?? tanya ABU BAKAR lagi..
" JUHA." jawabnya  ***** .

TERIAKAN JUBAH

ABU HASSAN menceritakan bahawa seorang lelaki telah mendengar jeritan  dan mengadu kesakitan di rumah JUHA.
" Aku terdengar jeritan di rumah tuan, siapa gerangan yang menjerit itu??. tanya lelaki itu kepada JUHA.
" Jubah ku jatuh dari atas rumah" jawab JUHA ..
" Eh..takkanlah jubah sekali nak jatuh pun nak menjerit jerit?" tanya lelaki itu
" Engkau ini bodoh! jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah dipakai mu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh sekali..." kata JUHA dengan kesal  ***** .

KUBUR DI ATAS TANAH

Suatu hari, seorang jiran juha meninggal dunia. maka JUHA bertanggungjawab ke atas pengkebumiannya. Dia lalu pergi ke tanah perkuburan untuk memesan sebuah kuburan. Akan tetapi terjadinya pertengkaran antara JUHA dengan Penggali Kubur berkenaan tentang upah menggalinya.
penggali kubur itu meminta upah sekurang kurangnya 5 dirham, dan kalau tidak dia tidak mahu menggali. JUHA tidak setuju akan bayaran sebanyak itu..
Tiba tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga 2 dirham dan dibawanya ke tanah perkuburan.
" Buat apa dengan kayu itu??" kata orang ramai
" tukang gali kubur tak mahu galikan kubur untuk saya kerana jika tidak dibayar sekurang kurangnya 5 dirham. Aku beli saja papan papan ini dengan harga 2 dirham saja. Aku tutup mayat jiran ku ini dengan papan papan tersebut dan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung 3 dirham. Disamping itu juga mayat tak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan malaikat MUNGKAR & NANGKIR di dalam kuburan..." ***** .

UNTA MINTA UPAH ??

Suatu ketika JUHA pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik. Tiba tiba unta yang di tunggangnya telah lari dengan gandum gamdum nya sekali. setelah beberapa hari kemudian. JUHA menjumpai untanya. akan tetapi JUHA mengelak daripada dilihat oleh untanya.
" mengapa engkau bersembunyi dari untamu " tanya seseorang.
" aku khuatir unta saya itu akan meminta wang tambang kepadaku . oleh itu saya bersembunyi daripadanya." jawab JUHA . ***** .

MEMBELI BANGKAI BURUNG

Suatu hari JUHA melihat kanak kanak mempermain mainkan seekor burung yang telah mati.
" boleh jual kepadaku burung itu?" tanya JUHA.
" burung sudah mati akan engkau beli, buat apa? " tanya kanak kanak itu
" aku memang ingin memilikinya ." kata JUHA
" kalau nak juga... sila beli." kata kanak kanak itu
JUHA membayar burung mati itu dengan harga 1 dirham kemudian dibawanya pulang. sesampainya di rumah, ibu JUHA pun hairan dan marah
" hai JUHA !! buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai itu?." kata ibunya
" Diamlah bu...Jika burung hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makananya ." jawab JUHA. *****.

KAMBING AJAIB

semasa remajanya, JUHA pernah di suruh oleh ayahnya ke pasar untuk membelikan kepala kambing bakar. Dia pun pergi ke pasar dan membeli satu kepala kambing bakar yang baik dan dibawanya pulang. di tengah perjalanan, JUHA berhenti dan membuka kepala kambing itu..semua bahagian kepala kambing bakar itu telah dimakan oleh JUHA yakni yang tinggal hanya tengkorak kambing sahaja. sekembalinya di rumah....
" celaka kamu !! apa ini?" kata ayahnya
" itulah kepala yang ayah minta" jawab JUHA.
" mana kedua dua matanya? " soal ayahnya lagi.
" ini kambing buta." jawab JUHA.
" mana kedua dua telinganya?." tanya ayahnya lagi.
" kambing ini tuli." jawab JUHA.
" lidahnya jugak tak ada...kemana??" soal ayahnya lagi.
" agaknya kambing ini kelu." jawab anaknya JUHA.
" sampai pada otaknya pun tak ada ke mana hilangnya??" tanya ayahnya dengan sedih.
" kambingnya gila." jawab JUHA.
ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi
" celaka engkau JUHA, sila kembalikan kepala ini kepada penjualnya, dan tukar dengan kepala yang lain." kata ayahnya...
" pemiliknya telah menjual kepala kambing itu tanpa sebarang cacat jadi tak boleh ditukar." jawab JUHA...*****.

CERITA INI ADALAH BENAR DAN DI CATATKAN PADA 20 HIJRAH. KESIMPULANNYA BUATLAH SENDIRI


1 comment:

  1. adakah cerita ini ada kaitannya tentang Malaysia? cuba fikir sejenak .......

    ReplyDelete